Tafsir Ayat-Ayat Tentang Wanita
Salah satu ilmu Islam yang memiliki kedudukan yang tinggi adalah ilmu tafsir. Ini kerana, ilmu tafsir menjelaskan maksud kalam Allah Ta’ala di dalam al-Quranul Karim. Jadi, kedudukan ilmu tafsir ayat al-Quran ditinjau dari kegunaannya. Oleh kerana itu, belajar ilmu tafsir sangat ditekankan bagi setiap Muslim, lelaki ataupun wanita. Tujuannya adalah memahami firman Allah Ta’ala dan hukum hakam yang terkandung di dalamnya, agar dapat diamalkan dengan benar.
Khusus bagi wanita muslimah, tafsir ayat-ayat tentang wanita sangat penting untuk dipelajari dan didalami maknanya. Dengan mendalami tafsir ayat-ayat tersebut, perintah-perintah dari Allah Ta’ala terhadap mereka, serta apa saja yang menjadi tugas khusus mereka, dapat diketahui dengan jelas.
Buku ini salah satu yang membahas tema itu. Seluruh tafsir ayat-ayatnya disarikan dari kitab-kitab tafsir yang muktabar (valid dan popular); seperti Tafsir Ibnu Katsir, Tafsir ath-Thabari, dan Tafsir al-Qurthubi. Juga beberapa kitab tafsir semisalnya, antara lain Aisarut Tafâsr li Kalâmil ‘Aliyyil Kabir karya Syaikh Abu Bakar Jabir al-Jazairi.
Yang unik dari buku tafsir tentang wanita ini ada pada cara pengajiannya. Penulis menyusun seringkas mungkin, dan juga dengan bahasa yang mudah difahami. Kemudian goresan penanya disempurnakan dengan butiran-butiran faedah dari setiap ayat di akhir setiap pembahasan. Selamat membaca.
Semoga bermanfaat.








Reviews
There are no reviews yet.