Soalan Lazim
Bagaimanakah caranya untuk saya membuat pesanan?
- Langkah pertama adalah dengan mendaftar sebagai ahli dahulu. Klik di sini.
- Anda kini sudah boleh mula mencari item yang anda inginkan di kotak pencarian. Anda juga boleh terus cari di tab kategori di atas page kami. Barang terbaru akan diletkkan di bahagian “NEW ARRIVAL”.
- Sekiranya anda telah menjumpai barang yang anda ingini, pilih saiz/warna/jenis dan tekan pada butang “ADD TO CART”
- Anda boleh tekan sama ada butang “CONTINUE SHOPPING” atau semak semula pesanan anda dalam cart dengan menekan butang “VIEW CART & CHECKOUT)
- Jika anda sudah selesai dengan pembelian, tekan butang “PROCEED TO CHECKOUT” untuk mengesahkan pesanan anda.
Bolehkah saya batalkan pesanan saya?
Boleh, tetapi dalam tempoh 1 jam selepas pembayaran anda perlu hubungi kami terlebih dahulu dan memberitahu bahawa anda ingin membatalkan pesanan supaya kami tidak akan meneruskan proses pesanan anda.
Sekiranya kami sudah menjalankan pengeposan dan sudah terlewat untuk membatalkan pesanan, anda hanya perlu memulangkan semula barang tersebut kepada kami dan wang anda akan kami pulang semula.
Klik di sini untuk hal pemulangan barang. Untuk situasi ini kos pengeposan tidak akan ditanggung oleh pihak kami.
Saya tidak boleh teruskan pembayaran dan status pesanan saya tergantung. Bagaimana supaya saya boleh teruskan dengan pesanan dan pembayaran?
Anda boleh terus hubungi kami melalui email dan nombor telefon. Kami akan membantu anda untuk membatalkan pembelian supaya anda boleh membuat pesanan yang baru.
Mengapakah pesanan saya dibatalkan?
Dalam kebanyakan kes, pesanan akan dibatalkan serta merta oleh sistem jika anda tidak membuat sebarang pembayaran dalam tempoh 24 jam.
Berapakah tempoh masa penghantaran?
Penghantaran akan mengambil masa selama 3-4 hari bekerja bergantung kepada situasi semasa.
Bilakah barang saya akan mula dihantar?
Sebaik sahaja pesanan anda diproses dan dibungkus, kami akan menghantar emel yang mengandungi tracking number kepada anda untuk anda membuat semakan status penghantaran barang anda. Tracking number akan dihantar kepada emel anda yang berdaftar dengan kami sahaja. Semak juga di bahagian Junk Mail sekiranya emel yang kami hantar ada bahagian tersebut. Jika anda telah membuat pembayaran sebelum 11.00am, penghantaran adalah pada hari yang sama. Jika pembayaran dibuat selepas 11.00am, maka penghantaran adalah pada keesokan harinya.