Sinopsis Kitab Hadis Qudsi
Hadis qudsi adalah salah satu cabang daripada kumpulan hadis Rasulullah saw. Hadis qudsi ialah firman Allah yang disabdakan oleh Baginda . Jumhur ulama menyatakan bahawa lafaz hadis qudsi adalah daripada Nabi saw yang dinisbahkan kepada Allah dan maknanya adalah daripada Allah swt.
Buku Hadis Qudsi ini menghimpunkan hadis-hadis qudsi daripada tujuh kitab hadis iaitu Shahih al-Bukhari, Shahih Muslim, Sunan Abi Daud, Jami‘ al-Tirmizi, Sunan al-Nasa’i, Sunan Ibni Majah, dan Shahih Ibni Hibban. Sebagai info tambahan para pembaca, setiap hadis diletakkan hukumnya berdasarkan penilaian para ulama hadis silam dan kontemporari.
Kelebihan Kitab Hadis Qudsi
Buku ini sesuai dijadikan sebagai rujukan dan bahan bacaan kepada:
• Setiap individu Muslim yang ingin mengetahui dan mendekatkan diri dengan intipati hadis qudsi.
• Setiap keluarga sebagai input harian.
• Para pelajar yang menginginkan rujukan tambahan dalam penulisan dan kajian, terutamanya mereka yang berada dalam bidang hadis.
• Tenaga pengajar sama ada di institusi pengajian formal atau tidak formal.
• Surau dan masjid sebagai bacaan berkala selepas solat fardu.
Antara Kandungan Kitab Hadis Qudsi:
- Kitab Tauhid
- Kitab Solat
- Kitab Rahmat Allah
- Kitab Melihat Allah
- Kitab Zikir dan Doa
- Kitab Kematian
- Kitab Akhir Zaman
- Kitab Para Nabi





Reviews
There are no reviews yet.