Buku 40 Nasihat Terbaik Penyubur Iman
Buku 40 Nasihat Terbaik Penyubur Iman. Dalam suka mahupun duka, papa ataupun kaya, malah dalam apa jua suasana, kita perlukan satu perkara: NASIHAT yang baik. Nasihat-nasihat berguna yang mengingatkan, dan mendekatkan manusia kepada Penciptanya bukan ahaja baik untuk kehidupan dunia, tetapi juga kehidupan akhirat mereka.
Buku 40 Nasihat Terbaik Penyubur Iman ini menghimpunkan nasihat dan peringatan untuk semua lapisan masyarakat. la menyentuh pelbagai aspek kehidupan seorang Muslim yang matlamatnya ialah mendapat keredhaan Allah. Amalan nasihat dan menasihati itu ke arah kebaikan menjadi satu tanggungjawab agama bagi umat Islam, khususnya mereka yang dikurniai Allah dengan kelebihan ilmu.
DATUK ABU HASSAN DIN AL-HAFIZ ialah seorang pendakwah/ulama yang konsisten dalam memberi nasihat-nasihat berguna kepada masyarakat Islam di negara ini. Buku 40 Nasihat Terbaik Penyubur Iman ialah penerusan komitmen beliau untuk mencambahkan benih iman di dada umat Islam, menyemai akhlak mulia dan membawa mereka ke jalan yang lurus, insya-Allah.
Kandungan Buku 40 Nasihat Terbaik Penyubur Iman
Ada 40 bab, antaranya adalah:
- Bab 1: Syukur bukan sekadar ucapan
- Bab 2: Untung dan rugi Al Quran terletak pada kita
- Bab 3: Zikir pembersih hati
- Bab 4: Ibadat sepanjang hayat
- Bab 5: Amanah Mendidik Insan Rabbani
- Bab 6: Syurga di luar rumah…Damaikah
- Bab 7: Titisan embun Al Quran
- Bab 8: Tutuplah aib saudaramu
- Bab 9: Khusyuk Solat ibarat bercinta
- Bab 10: Di sebalik musibah terlindung hikmah
Reviews
There are no reviews yet.