Inilah Doaku – Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

RM20.00

  • Softcover
  • Penulis: Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri
  • Penerbit: Pustaka Cahaya Kasturi

Inilah Doaku – Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Dalam buku kecil ini, kami kemukakan sejumlah doa yang sewajarnya dibaca dan diamalkan. Kami berazam dan bercita-cita untuk beriltizam membacanya pada waktu pagi meskipun jumlah doa yang dikemukakan tidaklah sebanyak mana.

Cukuplah untuk kita mengambil masa dalam 10 hingga ke 15 minit untuk bermunajat dengan doa-doa ini. Ia mungkin boleh dilakukan selepas solat Subuh atau sebelum pergi ke tempat kerja pada setiap pagi.

DOA menurut Imam al-Khattabi adalah permohonan hamba kepada Tuhannya dengan mengharapkan pertolongan-Nya dan juga bantuan daripada-Nya. (Lihat Sya’n al-Du’a, 1/4)

Antara sebab (penulis) Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menulis buku

Inilah Doaku ini:

  1. Doa adalah pengharapan seseorang untuk mendapatkan kebaikan daripada Allah SWT dengan memohon secara langsung kepada- Nya.
  2. Setiap individu mempunyai keperluan dan keinginan masing- masing sama ada secara positif atau negatif, kerana mereka terpaksa menghadapi pelbagai rencam kehidupan berupa cabaran, halangan dan dugaan.
  3. Justeru umat Islam diajar supaya berdoa kepada Allah SWT bagi memohon limpah perkenan dan rahmat-Nya supaya hajat terkabul.
Weight 0.5 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Inilah Doaku – Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top