Sale!

Kombo Pendidikan Anak Dalam Islam (Tarbiyatul Aulad Fil Islam)

RM170.00

  • Kombo mengandungi 4 buah buku
  • Penerbit: PTS Publishing House
  • Penulis: Dr.Abdullah Nasih Ulwan & Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki
  • Tahun Terbitan: 2022
  • Halaman: Hitam Putih & Berwarna
  • Format: Softcover

Kombo Pendidikan Anak Dalam Islam (Tarbiyatul Aulad Fil Islam)

 

KOMBO PENDIDIKAN ANAK DALAM ISLAM merangkumi empat buah buku iaitu:

Pendidikan Anak Dalam Islam: Pendidikan Keimanan dan Akhlak

Asas kekuatan diri dan kejayaan seorang Muslim adalah memenuhi tuntutan fitrah yang memerlukan iman dan akhlak dalam kehidupan. Pemahaman iman yang kukuh dan keindahan akhlak tidak akan terbina dalam masa sehari pada anak-anak. Ibu bapa sebagai guru pertama perlu maklum apakah akhlak yang perlu diberikan penekanan kepada mereka sebagai bimbingan dan panduan. Oleh itu, ketahui bagaimana cara Rasulullah s.a.w. dan Islam mendidik anak-anak yang masih kecil dalam membina iman dan memperelok akhlak.

Pendidikan Anak Dalam Islam: Pendidikan Perkahwinan dan Fiqh Anak

Perkahwinan adalah fitrah semula jadi manusia. Islam turut menggalakkan umatnya berkahwin kerana daripadanya terdapat banyak kebaikan dan kelebihan. Perasaan ingin berkeluarga dan memiliki keturunan yang baik menjadi asbab utama sesebuah perkahwinan tercipta. Tetapi, apakah saranan Islam bagi memiliki keluarga yang disyariatkan oleh Allah? Adakah kebahagiaan hanya lahir daripada perasaan cinta dan tanggungjawab semata-mata?

Pendidikan Anak Dalam Islam: Pendidikan Psikologi, Mental dan Fizikal

Pada usia anak yang semakin meningkat, minda mereka mula menerima ilmu-ilmu kehidupan dunia. la menjadi tanggungjawab besar ibu bapa kepada anak dengan memberikan pendidikan yang baik bagi mengisi pemikiran, pergerakan dan perasaan psikologi mereka. Islam turut mewajibkan setiap orang yang beriman menuntut ilmu kerana Allah berfirman dalam al-Quran. “Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?” (Surah az-Zumar, ayat 9)

Pendidikan Anak Dalam Islam: Pendidikan Sosial dan Potensi Diri

Anak-anak yang berkualiti akan memberikan manfaat besar bukan sahaja pada keluarga, malah agama dan negara. Namun, sebelum anak menyertai dan berkhidmat kepada masyarakat secara langsung, persiapan dan persediaan diri anak-anak perlu rapi dan lengkap. Sebagaimana kita berjaya menanam, membaja dan memelihara tanaman dengan baik, hasil yang berkualiti akan diterima dan dikongsi. Maka, apakah tanggungjawab ibu bapa seterusnya bagi menyediakan anak-anak yang memiliki peribadi terbaik?

Weight 1 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Kombo Pendidikan Anak Dalam Islam (Tarbiyatul Aulad Fil Islam)”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like…

Scroll to Top