Nota My #QURANTIME Juzuk 5
Sejajar dengan tujuan program My#QuranTime yang disiarkan di TV ALHIJRAH Iaitu mahu menjadi platform solidariti ummah mempelajari asas bacaan al-Quran, Tadabbur dan Tazakkur, maka lahirlah naskhah lengkap: NOTA MY #QURANTIME sebagai panduan lengkap buat mereka yang cintakan al-Quran.
NOTA MY #QURANTIME Juzuk ke-5 membincangkan:
- – Mengenai pengharaman kahwin mut’ah.
- – Mengenai dasar akad jual beli dalam Islam.
- – Mengenai hak anak yatim dan berbuat baik kepada tetangga.
- – Mengenai syariat tayammum.
- – Mengenai perintah dan etika berperang/berjihad dalam Islam.
- – Mengenai haramnya darah sesama Muslim.
- – Mengenai solat qasar dalam musafir dan perang.
- – Mengenai nusyuz suami isteri dan perintah berlaku adil kepada para isteri.
- – Mengenai perintah menjadi penegak keadilan.
- – Mengenai larangan syirik.
- – Mengenai pembahagian harta pusaka mengikut hukum faraid.
- – Mengenai larangan riyak ketika berinfak.
- – Mengenai sikap orang munafik.
- – Mengenai larangan sebar berita tanpa sumber yang sahih.
Kenapa Ramai Suka Nota My #QURANTIME Juzuk 5?
Nota ini juga merangkumi:
- Satu buku, satu juzuk
- Nota pilihan daripada penonton
- Aplikasi QR code untuk video bacaan terpilih
- Nota ringkasan yang padat tapi mudah difahami
- Peta infografik berwarna yang dapat membantu pemahaman pembaca
Reviews
There are no reviews yet.