Zoutina Prestige Extra Virgin Olive Oil 250ml

RM99.00

  • Aroma : Banana & Ripped Tomatoes
  • Origin : Mekness, Morocco
  • Volume : 250ml

Availability: In stock

Zoutina Extra Virgin Olive Oil 250ml

Berasal dari Maghribi, produk Zouitina telah menerima pelbagai pengiktirafan dan anugerah di peringkat antarabangsa, termasuk daripada GLOBALG.A.P. dan BRCGS. Minyak zaitun extra virgin Zouitina Prestige dipilih dengan teliti daripada buah zaitun berkualiti tinggi dan daripada varieti yang sangat produktif.

Minyak zaitun ini dihasilkan daripada buah zaitun muda yang dipetik pada peringkat awal kematangan, memberikan aroma yang harum serta rasa zaitun segar yang istimewa. Berbeza dengan minyak zaitun biasa, Zouitina Olive Oil telah terbukti dan diiktiraf sebagai minyak zaitun Extra Virgin berdasarkan keputusan Ujian Sensori/Organoleptik yang dijalankan oleh TELLO Labs di Sepanyol.

Zouitina Prestige merupakan salah satu jenama minyak zaitun yang menawarkan minyak berkualiti premium dengan tahap keasidan hanya 0.09% dan nilai peroksida hanya 7.4. Semakin rendah nilai keasidan dan peroksida, semakin tinggi kualiti minyak zaitun tersebut.

Selain itu, bagi memastikan rasa dan kualiti terbaik untuk pelanggan, semua buah zaitun yang dituai akan dihantar ke pusat pemprosesan dalam masa yang paling singkat. Apa yang lebih menarik, proses penuaian buah zaitun sehingga pemprosesan minyak hanya mengambil masa kurang daripada 6 jam.

Tambahan pula, bagi mengekalkan kesegaran dan memelihara kualiti minyak, semua produk Zouitina diimport ke Malaysia menggunakan kontena khas yang dikawal pada suhu tertentu sepanjang proses penghantaran.

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati rasa istimewa minyak zaitun Extra Virgin Zouitina serta pelbagai manfaat kesihatan yang ditawarkannya hari ini!

Manfaat Zouitina Prestige Extra Virgin Olive Oil:

  • Meningkatkan peredaran darah.
  • Mengandungi sifat antimikrob yang membantu mengurangkan aktiviti mikrob dalam badan.
  • Meningkatkan sistem pencernaan: menghalang motiliti gastrik, merangsang pencernaan lipid serta membantu mencegah pembentukan batu karang hempedu (gallstones).
  • Melindungi tubuh daripada tekanan oksidatif (oxidative stress): mengurangkan risiko dan membantu mencegah perkembangan beberapa jenis penyakit kanser.
  • Membantu mencegah kehilangan memori dan mengurangkan risiko mendapat penyakit Alzheimer’s disease.
  • Mengandungi sifat anti-tumour terhadap jenis-jenis tumor tertentu.
  • Membantu mencegah hipertensi dan mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.
  • Mengimbangi paras kolesterol dengan menurunkan kolesterol LDL (“kolesterol jahat”).
  • Glucose Metabolism: Membantu dalam pencegahan dan rawatan Type 2 Diabetes.
  • Osteoporosis: Memberikan kesan yang baik terhadap kalsifikasi tulang dan mineralisasi tulang.
  • Sifat anti-radang (Anti-inflammatory properties): Mengurangkan protein C-reaktif (C-reactive proteins) dan gen pro-radang (pro-inflammatory genes).
Weight 0.8 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Zoutina Prestige Extra Virgin Olive Oil 250ml”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top