Ringkasan Riyadhus Shalihin Imam An-Nawawi
RIYADHUS SHALIHIN yang bermaksud Taman-taman Golongan Solihin ialah kumpulan hadis yang disusun oleh tokoh ulama besar antarabangsa bermazhab Syafi‘i iaitu Imam al-Hafiz Sheikhul Islam Muhyiddin Abu Zakariya Yahya yang kita kenali sebagai Imam an-Nawawi. Kitab ini layak menjadi rujukan dan kajian umat Islam seluruh dunia.
Kitab asal Riyadhus Shalihin telah diringkaskan oleh seorang ulama terkenal, Syeikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani dan dinamakan TAHZIB AN-NUFUS FI TARTIB AD-DURUS.
Kitab ini mengandungi ayat al-Quran dan hanya kumpulan hadis sahih dan hasan yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim sahaja. Susunannya merangkumi hal-hal perundangan dalam agama yang membicarakan masalah akidah, syariah dan akhlak.
Kelebihan Ringkasan Riyadhus Shalihin Imam An-Nawawi
- Perbahasan mengenai zuhud dan warak
- Pendidikan keluarga
- Solat, puasa, zakat, haji dan ibadah-ibadah lain
- Adab yang bersifat lahiriah dan batiniah
- Pemberi semangat (targhib) dan amaran (tarhib)
- Pendidikan keluarga
- Penyucian hati dan ubatnya


















Reviews
There are no reviews yet.